Happiness keeps you Sweet,
Trials keep you Strong,
Sorrows keep you Human,
Failures keep you humble,
Success keeps You Glowing,
But Only God (ALLAH) keeps You Going!

Tuesday, 31 January 2012

Kek Lapis Keju Brownies

Bahan-bahan yang digunakan

kek yang siap dimasak...



Kek Birthday Sendiri 23/01/2012 baru sempat nak post...

Bahan-bahan :

Bahan A

500gm Brownies Mix Flour
6 Biji Telur

Bahan B

100gm Susu Segar
125ml Minyak Jagung

Bahan C 

500 g Krim Keju (Phildeaphia)
100gm Gula Halus
3 Biji Telur


Cara-Cara:

1) Pukul bahan "A" sampai ringan (sampai jd warna putih mcm buat kek span)

2) Masukkan bahan "B" sedikit demi sedikit dalam aduanan Bahan "A", pukul adunan sampai kembang 3 kali ganda, kemudian bahagi kepada 4 bahagian.

3) Pukul Bahan "C" sampai kembang, kemudian dibahagikan juga kepada 4 bahagian.

4) Panaskan air kukusan dan sediakan loyang segiempat berukuran 8" yang telah disapu minyak dan di alas dengan kertas minyak. 

5) Kukus lapis demi lapis sehingga adunan habis. (Mulakan dgn adunan brownies kemudian adunan keju hingga habis)

6) Setiap lapisan dikukus selama 10 minit atau 15 minit (agak-agak lapisan td agak masak tuangkan lapisan keju)... Tetapi bila tiba pada lapisan ke 4 atau ke 5...masak kek lama sedikit sebab lapisan kek makin tebal masa juga bertambah.

7) Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari loyang

8) Siap untuk dihidang


Selamat Mencuba!!!!

Terima kasih Allah!!!


Monday, 30 January 2012

Eksplorasi diri





Eksplorasi Diri - Far East ft. In Team


Telusuri maknawi menjejak hakiki
Amanah suci khalifah di bumi
Jelajahi duniawi menuju ukhrawi
Amalan murni mengadap Ilahi
Eksplorasi diri membaca zahir
Menyingkap realiti nan tersembunyi
Eksplorasi hati mengungkai nubari
Cerminan peribadi bias tulus budi

bertemu berpadu di dalam restu
Berkias bermadah dalam santun ilmu
Berpautkan iman tenteram aman
Bersandarkan rahmat sentosa selamat

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi
Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari
Yang mengiringi

Bukan mudah memiliki mutiara kasih
Tanpa diselami lubuk hati nurani
Ke dasar rasa yang paling dalam


Thursday, 26 January 2012

Kek Span Coklat Lapis Blueberry


BAHAN-BAHAN:

5 biji telur gred b
170gm gula kaster
1 camt ovalette - kalau tak de pun tak pe..
100gm tepung gandum
1tsp baking powder - kalau tak de pun tak pe.. kek tetap jadi..
40gm serbuk koko
70gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan

CARA-CARA:

1. Dalam satu adunan, telur, gula dan ovalette di putar. Putar menggunakan kelajuan maksimum..mesti kembang, pekat dan berwarna putih.
  2. Ayak tepung, baking powder, serbuk koko (saya letak 1 sudu kecil chocolate emulco) dan masukkan ke dalam adunan td.

3. Dan terus masuk minyak. Putar perlahan hingga adunan b'gaul rata dan sebati ye..

 4. Lepas adunan dah sebati. tuang dalam loyang berukuran 8". boleh la di bakar pada suhu 170'c - guna suhu ni selama lebih kurang 30 minit api atas bawah.. 

Siap!!

kek yang dah siap.. masak je, terus hentak loyang tu, hentak perlahan je.. pas tu terus keluarkan kek dari loyang.. kalau biar dlm loyang nanti keknya kecut mecut... sejukkan atas redai..
 
Ni cadangan dan selera sendiri....

Lepas je kek span dah betul-betul sejuk...
saya bahagi dua kek span tu (potong kat tengah kek). 
Lepas itu, untuk lapisan tengah saya layer dengan blueberry jem...
so kek tu ade rase masam manis buah la...hehe...
Kemudian baru salut dgn topping coklat...
disebabkan jarang buat kek dengan topping...
kek yang dah siap xberape cantik la 
tp yang penting bile dah masuk mulut memang sedap....


SELAMAT MENCUBA!!!!

tHANk yOU ALLAH....

 resepi di ambil dari blog kak nina (tq kak nina utk resepi nih...) untuk cara-cara buat kek span yang lebih jelas (+ kat blog ni siap ade gambar untuk setiap step so nak buat pun seronok la...hehehe) boleh layari :

Cheese Tart

1st time cube buat tart nih tp x berapa cantik...tp kira ok la...hehe

Like...like...like...


Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :

170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara :

1.    Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2.    Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3.    Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. 

Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4.    Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. 
Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5.    Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.


Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

 

Cara-cara :

1.    Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2.    Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3.    Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4.    Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. 

Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
      

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Try guna step nih...or klik pada link di bawah...Tq kak Azita

 Selamat Mencuba!!!!


Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan maklumat lebih detail boleh layari :